"This is your name Sir? How to speak your name?", tanya Si Pengacara Majlis.
"Yes. This is my name. Ahmed Bahluul", Si Penceramah menyebut namanya.
Lega si Pengacara Majlis. Nampak gayanya nama "Bahlul" itu tidaklah menjadi kesalahan apabila menyebutnya. Baru pertama kali dalam hidupnya berjumpa dengan manusia yang bernama "Bahlul" itu. Ingatkan hanya di dalam filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sahaja. Tergelak kecil si Pengacara Majlis.
"Jamal. Tolong senaraikan semula nama pelajar yang ponteng solat Jumaat tadi. Kita akan ambil tindakan ke atas mereka", pinta Presiden Kolej kepada saya.
Saya meminta bantuan seorang rakan untuk menyebutkan nama pemonteng solat Jumaat dan saya pula menulis di atas kertas.
"Umar Bin Haris. Zakaria bin Ahmad. Uzair Bin Ali. Muhammad Salehuddin Bin Abu Bakar....", rakan saya terus menyebut. Dan saya terus menulis sehingga semuanya selesai.
"Nampak gayanya ramai ‘pahlawan-pahlawan' Islam yang tak pergi solat Jumaat ni. Hehe..", saya berkata kepada rakan.
Saidina Umar R.A adalah seorang tokoh Islam yang hebat. Nabi Zakaria a.s adalah seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wataa'la. Hazrat Uzair R.A juga adalah sahabat Nabi Muhammad Sollahu A'lahi Wasalam manakala Salehuddin Al-Ayubi adalah panglima Islam yang membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman musuh. Mereka semua adalah insan-insan yang sangat hebat memperjuangkan Islam, bagaimana pula dengan Umar, Zakaria, Uzair dan Salehuddin yang tersenarai dalam senarai pemonteng solat Jumaat di atas?
Nama hanya sekadar nama. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak mengetahui apa maksud nama yang diberi oleh ibu bapa kita. Tidak semestinya nama yang baik melahirkan manusia yang sebaik namanya. Ada juga yang tidak bernama (nama yang kurang baik) tetapi luhur budinya membela agama. Kerana itulah Ustaz Ann Wan Seng tidak menukar namanya kepada nama Islam kerana baginya nama hanya sekadar nama sahaja.
28 comments:
aah..nama sekadar nama kan.. nama penuh saya takde makna pon.. nama samaran adalah.. that y saya suka orang pnggil yg singkat2 ja.. hehe
maceh mak ayah,bg name cntik ni kat sye..hihihihi
liya alia >> pe name pnuh awk?
nurani >> btol2..cntik name awk ^_^
ish.. klo kat malaysia nie nama bahlol mmg dh kna gelak..
tp tk beerti apa2 kan klo nama tak mencerminkan peribadi..
shahniz >> btol..
jadilah apa yg dinamakan pada kamu..~slmt bfikir...
adek >> ngha berfikir ni..keh3 c[=
tapi kenkadang nama ada maksud dlm arab dan bila kita sebut nama org tu mksudnya kita mndoakan dia . ustaz sy prnh cakap , klau dpt anak kena bagi nama yang elok dan bermakna baik . ada seorg kawan , nama cantik tapi mksudnyanya "kesakitanku" . memang kena hati hati la :)
btw , nice entry . salam ukhuwah ^^
kila >> mmg cm 2 la..name 2 akn jdik doa :)so,pilihlah dgn baek :)
+Cool,nice en3.
Aku search maksud nama aku tapi tak jumpe..kadang2 orang tnya gak pe maksud nama aku.. aku just cakap "yang terbaik dari yang terbaik" ye la kan..tak tahu meaning maen petik je la walaubagaimana pun saya berbangga dengan nama saya .. :D
ucu..sy suka entry ni..sgt bermakna..syukran atas prkongsian yg bermanfaat...~
acid+ >> xpe..tp hati2 bile eje name dlm jawi(arab)..sbb,leh bwk bnyk mksd..sama ade baek atau sbaliknye ^_^
akhi izzy >> utk di kongsi bersame ^_^
thanks atas perkongsian...
zures >> same2 :) moge ade manfaat :)
wahhh nice entry...... ilike.....
suke post nie ^_^
nice entry.. =)
stellaizz >> ^^,
fara fasihah >> makasih :)
Princess Nusy >> makasih ^^,
nama sekadar nama...btol2..:)
zora >> keh3 ^_^
so saya kena terima kasih dekat abang saya sebab bagi nama Nabilah :) and parents saya :D
twinkeenabilah >> sile2..^_^
sibuk psl nama ni kan
nama k.el sllu sgt jd perhatian lecturer..ms jd 1st year student..1st class...k.el lah lecturer tu pggey..mau x gedebak gedebuk..dia kata..saya nak pggey nama2 yg unik n x nah dgr...dlm hati dah tau sure nama k.el yg kuo...tup2 mmg betullllllllll..hahahaha
terus x tau nk bg jwpn ape kt soklan tu miahahahaha
kak el >> pe name kak el yg sbena?hehe
Post a Comment