"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Friday 5 August 2011

(^_ape tajok pon x tau nk bg..bace jek la yok✿

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸`·.¸.​¸¸.•*
~ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 


▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬


˙·٠•● WHAT IS YOUR NAME SIR? ●•٠·

Si Pengacara Majlis serba salah, mahu disebut atau tidak nama Si Penceramah jemputan dari Negara Arab itu. Bila disebut takut-takut mengguris hati si penceramah. Lalu si Pengacara Majlis terus bertanya kepada si penceramah untuk mendapatkan kepastian.

"This is your name Sir? How to speak your name?", tanya Si Pengacara Majlis.

"Yes. This is my name. Ahmed Bahluul", Si Penceramah menyebut namanya.

Lega si Pengacara Majlis. Nampak gayanya nama "Bahlul" itu tidaklah menjadi kesalahan apabila menyebutnya.  Baru pertama kali dalam hidupnya berjumpa dengan manusia yang bernama "Bahlul" itu. Ingatkan hanya di dalam filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sahaja. Tergelak kecil si Pengacara Majlis.


˙·٠•●NAMA HANYA SEKADAR NAMA●•٠·

"Jamal. Tolong senaraikan semula nama pelajar yang ponteng solat Jumaat tadi. Kita akan ambil tindakan ke atas mereka", pinta Presiden Kolej kepada saya.

Saya meminta bantuan seorang rakan untuk menyebutkan nama pemonteng solat Jumaat dan saya pula menulis di atas kertas.

"Umar Bin Haris. Zakaria bin Ahmad. Uzair Bin Ali. Muhammad Salehuddin Bin Abu Bakar....", rakan saya terus menyebut. Dan saya terus menulis sehingga semuanya selesai.

"Nampak gayanya ramai ‘pahlawan-pahlawan' Islam yang tak pergi solat Jumaat ni. Hehe..", saya berkata kepada rakan.

Saidina Umar R.A adalah seorang tokoh Islam yang hebat. Nabi Zakaria a.s adalah seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wataa'la. Hazrat Uzair R.A juga adalah sahabat Nabi Muhammad Sollahu A'lahi Wasalam manakala Salehuddin Al-Ayubi adalah panglima Islam yang membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman musuh. Mereka semua adalah insan-insan yang sangat hebat memperjuangkan Islam, bagaimana pula dengan Umar, Zakaria, Uzair dan Salehuddin yang tersenarai dalam senarai pemonteng solat Jumaat di atas?

Nama hanya sekadar nama. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak mengetahui apa maksud nama yang diberi oleh ibu bapa kita. Tidak semestinya nama yang baik melahirkan manusia yang sebaik namanya. Ada juga yang tidak bernama (nama yang kurang baik) tetapi luhur budinya membela agama. Kerana itulah Ustaz Ann Wan Seng  tidak menukar namanya kepada nama Islam kerana baginya nama hanya sekadar nama sahaja.


Kesimpulannya, nama yang kita perolehi sekarang adalah yang terbaik untuk kita. Jangan pula memboikot ibu bapa gara-gara memberi nama yang tidak popular, kelak kita akan binasa kerana melawan ibu bapa pula. Percayalah, nama adalah yang diberikan kepada kita adalah satu amanah untuk kita, amanah untuk merealisasikan maksud nama kita itu. Dan bukannya untuk dibanggakan.

MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA!!

Dari Abu Darda' r.a : "Sesungguhnya kamu akan diseru di hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama Bapa kamu. Oleh yang demikian, elokkanlah nama-nama kamu" (Riwayat Abu Daud)

28 comments:

raziellia said...

aah..nama sekadar nama kan.. nama penuh saya takde makna pon.. nama samaran adalah.. that y saya suka orang pnggil yg singkat2 ja.. hehe

nurani said...

maceh mak ayah,bg name cntik ni kat sye..hihihihi

ucu keyna said...

liya alia >> pe name pnuh awk?

ucu keyna said...

nurani >> btol2..cntik name awk ^_^

Ahmad Tajul said...

ish.. klo kat malaysia nie nama bahlol mmg dh kna gelak..
tp tk beerti apa2 kan klo nama tak mencerminkan peribadi..

ucu keyna said...

shahniz >> btol..

Mr AnOnymOUs said...

jadilah apa yg dinamakan pada kamu..~slmt bfikir...

ucu keyna said...

adek >> ngha berfikir ni..keh3 c[=

Anonymous said...

tapi kenkadang nama ada maksud dlm arab dan bila kita sebut nama org tu mksudnya kita mndoakan dia . ustaz sy prnh cakap , klau dpt anak kena bagi nama yang elok dan bermakna baik . ada seorg kawan , nama cantik tapi mksudnyanya "kesakitanku" . memang kena hati hati la :)

btw , nice entry . salam ukhuwah ^^

ucu keyna said...

kila >> mmg cm 2 la..name 2 akn jdik doa :)so,pilihlah dgn baek :)

Acid+ said...

+Cool,nice en3.
Aku search maksud nama aku tapi tak jumpe..kadang2 orang tnya gak pe maksud nama aku.. aku just cakap "yang terbaik dari yang terbaik" ye la kan..tak tahu meaning maen petik je la walaubagaimana pun saya berbangga dengan nama saya .. :D

Anonymous said...

ucu..sy suka entry ni..sgt bermakna..syukran atas prkongsian yg bermanfaat...~

ucu keyna said...

acid+ >> xpe..tp hati2 bile eje name dlm jawi(arab)..sbb,leh bwk bnyk mksd..sama ade baek atau sbaliknye ^_^

ucu keyna said...

akhi izzy >> utk di kongsi bersame ^_^

Perjalanan Tanpa Noktah said...

thanks atas perkongsian...

ucu keyna said...

zures >> same2 :) moge ade manfaat :)

stellaizz said...

wahhh nice entry...... ilike.....

Fara Fasihah said...

suke post nie ^_^

Anonymous said...

nice entry.. =)

ucu keyna said...

stellaizz >> ^^,

ucu keyna said...

fara fasihah >> makasih :)

ucu keyna said...

Princess Nusy >> makasih ^^,

ZORA said...

nama sekadar nama...btol2..:)

ucu keyna said...

zora >> keh3 ^_^

twinkeenabilah said...

so saya kena terima kasih dekat abang saya sebab bagi nama Nabilah :) and parents saya :D

ucu keyna said...

twinkeenabilah >> sile2..^_^

el said...

sibuk psl nama ni kan
nama k.el sllu sgt jd perhatian lecturer..ms jd 1st year student..1st class...k.el lah lecturer tu pggey..mau x gedebak gedebuk..dia kata..saya nak pggey nama2 yg unik n x nah dgr...dlm hati dah tau sure nama k.el yg kuo...tup2 mmg betullllllllll..hahahaha
terus x tau nk bg jwpn ape kt soklan tu miahahahaha

ucu keyna said...

kak el >> pe name kak el yg sbena?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)