Sungguhpun begitu, al-Khanzini lebih dikenali dengan bukunya, Kitab Mizan al-Hikma. Buku ini siap pada 1121, dan menjadi salah sebuah naskhah penting dalam ilmu fizik Muslim. Kitab Mizan al-Hikma mengkaji keseimbangan hidrostatik, pembentukan dan kegunaannya, dan teori-teori statik dan hidrostatik di sebaliknya, dan pelbagai topik lain. Sebahagian daripada kitab ini telah diterjemah dan disunting oleh wakil Rusia, Khanikoff pada pertengahan abad ke-19.
Lapan bab terawal kitab ini membincangkan teori-teori pusat graviti yang pernah diketengahkan oleh al-Biruni, al-Razi dan Omar al-Kahyam. Al-Khanzini pula menumpukan perhatian kepada kegagalan orang Greek membezakan secara jelas antara kuasa-/tenaga, jisim dan berat. Beliau juga menunjukkan kepekaannya mengenai berat udara dan menyatakan udara menipis mengikut ketinggian. Dengan merujuk kajian-kajian sains terdahulu, al-Khanzini menyediakan rekod-rekod penting berkaitan sumbangan mereka yang mungkin tidak diketahui lagi atau hilang.
Kebanyakan karyanya yang lain adalah berkaitan hidrostatik, terutamanya penentuan graviti-graviti tertentu. Al-Khanzini juga menjelaskan dengan terperinci peralatan yang diperlukan untuk mendapat hasil kajian yang tepat. Ini menjadikan bukunya contoh terbaik dalam memberi perhatian kepada ketepatan saintifik.
Al-Khanzini menaruh minat dalam menentukan graviti spesifik bagi logam, batu-batu berharga dan aloi, untuk menentukan ketulenan bahan-bahan yang berbeza itu. Untuk menentukan berat satu spesimen,beratnya di dalam udara dan air perlu diketahui, dan perubahan pada volum udara dan air dise-babkan spesimen tersebut. Kebanyakan pengkaji Muslim menggunakan penimbang air dalam ujian-ujian mereka.
Dengan menggunakan peralatan yang pernah digunakan al-Biruni, al-Khanzini melakukan ujian berkali-kali ke atas beberapa jenis logam dan batu permata. Beliau juga mengukur graviti spesifik bahan-bahan lain seperti garam dan tanah liat, serta men-catatkan sama ada bahan tersebut tenggelam atau timbul di dalam air. Beliau berjaya mencatatkan graviti spesifik bagi 50 bahan, termasuk batu permata, logam dan cecair. Ketepatan kajiannya amat mengagumkan dan menjadi antara yang terhebat pernah dicapai oleh ahli fizik eksperimental Muslim.
Malah al-Khanzini merupakan orang pertama yang mengutarakan hipotesis bahawa graviti sesuatu benda adalah berbeza dan bergantung kepada jarak benda itu dari pusat bumi yg mane fenomena ini hanya terbukti pada abad ke-18 setelah teori graviti dikembangkan.
2 comments:
menarik! menggunakan kepandaian untuk memajukan islam. subhanallah. kurniaan Allah. ;)
btol 2..
sbgai umat islam,kite harus cemerlang^_____^
Post a Comment