Monday, 11 April 2011
ade ape pade sahak dan nik?meh terjah..
kisah ibnu umar dan pengembala kambing
Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…
Nk post terbaru..meh scroll ke atas..
Moge ade manfaat ^_^
Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.
Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.
Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.
Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”
Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.
Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm
Moral:
- Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
- Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
- Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)
4 comments:
Tahniah pada Koding kerana menjadi follower yang ke 300 ucukeyna..
Terima kasih pada ucukeyna kerana memberi penghargaan ini...
Mari kita sama-sama terjah blog koding dan tengok apa yang best sangat kat situ..
ucukeyna..
Nama 'Koding' plak apa maknanya?
koding?
dlm english = coding..haha
dlm jawe = mengekod..
hehe.. ^__________^
owhhhh..gitu ea?? :)
ucuk nk ckp sket..pkcik ni dah tua..mata pon dah xberapa nk terang..kecik ar font yg ucuk guna..tersiksa mata pkcik nk membacanya..besarkan la..(emm demand tak follower anda ni? hoho)
ok..
nnti ucu besakan k..
maaf3..
syukran atas teguran..
btw,ana ucu..bkn ucuk :)
Post a Comment