"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?

Monday, 11 April 2011

pandainye beliau ni...jeles3


Al-Khanzini Ahli Fizik Yang Mendahului Masa


AL-KHANZINI adalah salah seorang ulama yang terkenal sekitar tahun 1115-1130 di Merv. Tidak 
banyak yang diketahui mengenai latar blakang kuarganya, tetapi al-Khanzini adalah sorang hamba yang diberi peluang belajar math dan falsafah oleh tuannya. Beliau pernah menjadi pengamal math di bawah naungan Istana Seljuk. Sungguhpun mempunyai kedudukan yang baik, al-Khanzini adalah seorang warak yang pernah menolak hadiah bernilai 1,000 dinar yang diberikan oleh seorang isteri amir. Malah menurut cerita, beliau hanya hidup dengan perbelanjaan tiga dinar setahun

.~leh ke kite idop cm ni? 1.00 unit matawang Saudi Riyal = RM 0.8057.. ni riyal..dinar ucu x pasti plak..~ade sape2 tau?

Pencapaian al-Khanzini dalam bidang astronomi adalah penciptaan sebuah jam air yang direka bentuk bagi tujuan astronomi, dan karyanya berjudul al-Zij al-Mutabar al-Sinjiri yang menerangkan kedudukan bintang-bintang bagi tahun 1115/16 pada latitud Merv.

Sungguhpun begitu, al-Khanzini lebih dikenali dengan bukunya, Kitab Mizan al-Hikma. Buku ini siap pada 1121, dan menjadi salah sebuah naskhah penting dalam ilmu fizik Muslim. Kitab Mizan al-Hikma mengkaji keseimbangan hidrostatik, pembentukan dan kegunaannya, dan teori-teori statik dan hidrostatik di sebaliknya, dan pelbagai topik lain. Sebahagian daripada kitab ini telah diterjemah dan disunting oleh wakil Rusia, Khanikoff pada pertengahan abad ke-19.

Lapan bab terawal kitab ini membincangkan teori-teori pusat graviti yang pernah diketengahkan oleh al-Biruni, al-Razi dan Omar al-Kahyam. Al-Khanzini pula menumpukan perhatian kepada kegagalan orang Greek membezakan secara jelas antara kuasa-/tenaga, jisim dan berat. Beliau juga menunjukkan kepekaannya mengenai berat udara dan menyatakan udara menipis mengikut ketinggian. Dengan merujuk kajian-kajian sains terdahulu, al-Khanzini menyediakan rekod-rekod penting berkaitan sumbangan mereka yang mungkin tidak diketahui lagi atau hilang.

Kebanyakan karyanya yang lain adalah berkaitan hidrostatik, terutamanya penentuan graviti-graviti tertentu. Al-Khanzini juga menjelaskan dengan terperinci peralatan yang diperlukan untuk mendapat hasil kajian yang tepat. Ini menjadikan bukunya contoh terbaik dalam memberi perhatian kepada ketepatan saintifik.

Al-Khanzini menaruh minat dalam menentukan graviti spesifik bagi logam, batu-batu berharga dan aloi, untuk menentukan ketulenan bahan-bahan yang berbeza itu. Untuk menentukan berat satu spesimen,beratnya di dalam udara dan air perlu diketahui, dan perubahan pada volum udara dan air dise-babkan spesimen tersebut. Kebanyakan pengkaji Muslim menggunakan penimbang air dalam ujian-ujian mereka.

Dengan menggunakan peralatan yang pernah digunakan al-Biruni, al-Khanzini melakukan ujian berkali-kali ke atas beberapa jenis logam dan batu permata. Beliau juga mengukur graviti spesifik bahan-bahan lain seperti garam dan tanah liat, serta men-catatkan sama ada bahan tersebut tenggelam atau timbul di dalam air. Beliau berjaya mencatatkan graviti spesifik bagi 50 bahan, termasuk batu permata, logam dan cecair. Ketepatan kajiannya amat mengagumkan dan menjadi antara yang terhebat pernah dicapai oleh ahli fizik eksperimental Muslim.

Malah al-Khanzini merupakan orang pertama yang mengutarakan hipotesis bahawa graviti sesuatu benda adalah berbeza dan bergantung kepada jarak benda itu dari pusat bumi yg mane fenomena ini hanya terbukti pada abad ke-18 setelah teori graviti dikembangkan.

2 comments:

HAJAR hasan said...

menarik! menggunakan kepandaian untuk memajukan islam. subhanallah. kurniaan Allah. ;)

ucu keyna said...

btol 2..
sbgai umat islam,kite harus cemerlang^_____^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)