"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Monday, 25 July 2011

cantik bah kau..TAPI....

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.​¸¸.•*❤


~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 









skadar gmbar hiasan ^^
= = =
|
|

Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung sebab nk mengikut fesyen. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.

Fesyen tudung juga berubah dari zaman ke zaman. Pelbagai jenis tudung yang menjadi ikutan para wanita seperti tudung bawal, tudung Dato K, tudung Ekin, tudung Yuna, tudung awning la..shawl la..pashmina la..tdung ucu keyna jek xdak lg..keh3..apepon,yang untung ialah penjual tudung.kan..kan..kan...

Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala Arab Syria yang nampak cantik jika dipadankan sanggul tinggi. Katanya jika rambut pendek boleh beli ‘sanggul palsu’.
Namun begitu, jangan terperanjat ada hadis berkenaan dengan sanggul tinggi ni.
 
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak teeeeeeetttttttttttt..oppss..

Kalau nak bertudung, ikutlah syariat. Cantik-cantik juga, tapi hukum jangan dilupa. ^__^
 
Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai agama. Ketamadunan dan kemuliaan hidup manusia itu diukur melalui agamanya.

====== >> << ======

Bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung... Tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT...
Tak kesahlah nak pakai LANGSIR ka, KAIN BATIK ka, SELIMUT ka, CADAR ka, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipun.. Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya..
ε(✿◠‿◠)з

14 comments:

nur farahin binti sulaiman said...

farah sokong dgn entry ucu kali nie..=)

ucu keyna said...

ukhti nur farahin >> makaseh ^^,

mankete said...

yup yg penting menutup aurat mengikut cara islam..:)

ucu keyna said...

akhi man >> ^_______6

Mohd Firdaus said...

tudung kepala bonggol unta..hehe

ucu keyna said...

ckgu mohd firdaus >> hehe ^^,

ezzu said...

kn comel jer kalu wanita pakai tudung kn...hehe

ucu keyna said...

ezzu >> ^___________^

Nizam Ijam said...

ini lah masalah nyer....


” Nizam Ijam Dot Com”

ucu keyna said...

nizan ijam >> =.='

K I E R A said...

nice :)

info sangat berguna.

Nazihah@Jiha said...

ya..ya..mutakhir ni...mcm2 dah jenis tudung..bagus juga ramai dah rasanya bertudung..tp,yg sedihnya tak ikut syariat yg benar2..=_='

tak taulah..mmg mrk niat nak tutup atau sekadar berfesyen...

sy tunggu tudung ucu...confirm beli hehe ^_-

ucu keyna said...

kiera >> moge ade manfaat ^^,

ucu keyna said...

ikhti jiha >> nnti ucu dah kuakan produk,ucu inform..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)