"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Monday 9 May 2011

nk kawen ngan die..x kire..nk kawen ngan die jgk





♥•.¸.••.¸.•♥سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ♥•.¸.••.¸.•♥

Renungan Bersama...

♥•.¸.•♥ Bilamana MENTARI yang diharapkan,namun sebaliknya hujan yang bercucuran,JANGAN KECEWA..

♥•.¸.•♥Bilamana BULAN yang didambakan, namun hanya kelip-kelip menerangi malam, JANGAN BERDUKA..

Kerana MENTARI tak selamanya bersembunyi,BULAN juga tak selamanya menghindari.♥•.¸.•♥

BAHAGIA yang diidamkan pasti dimiliki,andai hati mu terlebih dahulu diserahkan kepada Pemilik bahagia yang Hakiki.♥•.¸.•♥




10 Sifat Calon Suami Yang Baik


>> kpd  wanita-wanita yang masih menyinggel 2,meh la carik bakal suami kite yg cm ni..hehe
>> kpd lelaki-lelaki di luar sana,sile lah jadik seperti ini.. hehe

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


p/s >> tajuk entri 2 saje jek..hehe ^_^



24 comments:

Mr AnOnymOUs said...

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

tadabbur ayat nie, semoga kita dapat yang terbaik:)~it`s All about our Mind_^)

Mutiara Bernilai said...

*senyum*

moga malu menjadi sebaik2 perhiasan bagi kita,

di doakan moga dpertemukan jodoh yg baik2 utk semua..

^__^

Saleho said...

sebagai laki-laki ya harus bertanggung jawab kepada istrinya nanti
wajib dan harus

Norfarahniza said...

sweetnye ucu..
nak jugak suami camtu...

Santan Berlada said...

wah...
ade chance la ak ni... hohoh

btw, nice entry...^^

Diari Si Froggie said...

tajuk punya la gempak ea?
bertuahnya la kan kalau dapat yg ada ciri2 mcm nie.. :)

fyna ahmad said...

nice entry...
;)

Mohd Hazwan said...

doa-doa supaya dikurniakan sifat macam ni..amin,,,,

Misty Melor said...

tu dia... semoga berjaya :)

tiefazatie said...

btol2..ifa sokong..hihi

Al Wafa' said...

Masya Alloh....

faten. said...

saya nak jgk!
hahaha :P

Norhafsham said...

xcukop lg cici2 seperti d ats.hehe^^

Madd said...

insyaallah...
hehhehehhe
doa2kan...

Wanzi said...

wah hebatlah ayat2 ni ucu... dalam maksudnya....

SyaA_eEAa said...

caya lah n3..
thnks yep ^^
panduan mse hdpn :)
hehe..

Abu Bagi said...

10 sifat calon suami yg baik..ehem ehem!! ada kat aku kot hahaha :)

Anonymous said...

niceeee. eheeee
laki pon kne jge diri elok2, bukan pmpuan je. haksss

Trx said...

eheh..semoge bjaya jumpa orang ni ye..

ucu keyna said...

mr anonymous >> btol3..amek perhatian kat ayat 2 :)

mutiara >> amin..midah2 han..moge yg terbaek tok kite sume :)

obat sakit >> btul 2 :)

misz farahniza >> nk gak?bole2..kite sbga pmpn pon kne ubah jdik yg terbaek..inshaAllah akn dpt yg cm 2 :)

Shamsuddin Amin >> can mali can..oi..oi..hehe ^_^

Aida Omar >> tajok 2 menkan pranan kak :)

fyna >> kamu pon nice gak fyna :)

HAZWAN17 >> doan dan diiringi usehe tok kearah yg lbih baek >_<

ukhti syikin >> doakan taw kak :)

tiefazatie >> sokong..jgn x sokong..tok jdik pneman hidop kite sume gak 2 ^^,

Al Wafa' >> ^______^

faten suhaida >> boleh3..meh carik same2 ek?hihi :)

Norhafsham >> sile sile lah ckupkan tok manfaat pd diri sndri jgk :)

Mohd Ridhuan >> mudah2 an ^_^

Wanzi >> pd yg dah berkahwin pon prlu taw sfat2 cm ni akhi..hehe ^_^

SyAE SyEa >> hehe :)

ABU >> alhamdulillah syukur klu de sifat2 cm ni..moge yg terbaik akan anda dapati :)

i am S!L4H >> betul 2 silah ^_^

Syukri Kamaruddin >> inshaAllah..mudah2 han jmpe la..hehe ^_^

wan_cikgumuzik said...

laaa... dh tak leh nk tulis di shout box?? hahhahaaa.. tak yah pakai C BOX tuu.. ada limit.. pakai jer SHOUTMIX box... adoii,.. kan dah xleh nk tulis msg dah.. terpaksa tulis kat sinki... huh..!!

Notami said...

notami pon nk jadi laki mcm tu la! =)

ucu keyna said...

cikgu >> shout box la 2..hehe

notami >> sile3..hehe..

blogger misteri said...

musim owg kawen x lame lagi

bagus la ngan post ni

hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)