"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?

Thursday, 12 May 2011

sampai hati kau manusie...

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯)+¸.•'´+¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿



Bilakah perlunya Tuhan?

Bilakah agaknya kita meletakkan harapan menggunung kepadaNya?
1. Hari-hari dan Malam sebelum peperiksaan
2. Saat menunggu giliran temuduga
3. Tika menemani isteri yang sedang berhempas pulas ketika bersalin
4. Ketika menangani ayah-ibu & anak yang sakit
5. Tempuh menunggu keputusan lamaran
6. Saat hampir lemas di lautan



Acapkali kita melupakan Allah dek kesibukan menguruskan kehidupan seharian. Samada disedari atau pun tidak, kita berbuat amalan rutin dengan penuh yakin tanpa berfikir bahawa kita memerlukan Allah pada setiap ketika.

Di manakah Allah ?
1. Sedang menerima keputusan peperiksaan yang menggembirakan
2. Ketika menerima biasiswa pengajian
3. Ketika diumumkan bonus dan kenaikan pangkat
4. Ketika lapang di musim cuti yang panjang
5. Di kala senang & sihat tubuh badan
6. Ketika dipuji teman dan kenalan

Maafkan kami, hambaMu yang leka ya Allah…



Renungan Bersama..

Selagi ada kesempatan..

~ Berbuatlah amal baik selagi kita masih dalam keluasan hidup..
~ Buku catatan amal masih terbuka..
~ Taubat masih diterima..
~ Orang yang berdo'a masih diberi harapan..
~ Sabelum cahaya dipadamkan..
~ Sebelum hidup berakhir..
~ Sebelum pintu taubat tertutup..
~ Sebelum malaikat naik ke langit..

Dalam kehidupan ini,kita tidak selalu mendapatkan apa yang kita inginkan dan apa yang kita dapat adakalanya tidak seperti yang dikehendaki,malah..ada yang kita memang tidak inginkan langsung.Ketahuilah bahawa,kita tidak sekali-kali akan mendapatkan segala yang kita idamkan kerana Allah SWT akan hanya berikan apa yang kita perlukan..

Yaa Allah..,Berkatilah diriku selama:-

* Mata ini bertasbih mengagungkan keindahan ciptaan-Mu..
* Telinga ini bertasbih mendengarkan ayat-ayat suci-Mu..
* Hidung ini bertasbih menghirup udara syurga-Mu..
* Mulutku bertasbih menyebut nama-Mu..
* Hati ini betasbih memuji-Mu..
* Tangan ini bertasbih berbagi kasih kepada ciptaan-Mu..
* Dan langkah kaki ini bertasbih menjalankan perintah-Mu..
Amin Yaa Rabb....
~ Selamat Beramal...^_^

────(♥)(♥)(♥)────(♥)(♥)(♥)────
──(♥)██████(♥)(♥)██████(♥)──
─(♥)████████(♥)████████(♥)─
─(♥)██████████████████(♥)─
──(♥)█ I LOVE ALLAH S.W.T █(♥)──
────(♥)████████████(♥)────
──────(♥)████████(♥)──────
────────(♥)████(♥)────────
─────────(♥)██(♥)─────────
───────────(♥)───────────

21 comments:

ichsan afriadi said...

kata kata terakhirnya sangat indah ka :)

Encik MamaT said...

yee.. itu la kita ni kan.. waktu susah baru igt Allah.. hmmm...

~~Ticer Wann~~ said...

syukran atas ingatan :)

ucu keyna said...

ichsan >> makasih adek ^_^

zauj kak ikin >> same2 la kite lbih mendekatkan diri pada Allah :)

cikgu wan >> afwan..moge ade manfaat ^_6

Aeekawa said...

Alhamdulillah :)

[sutera kasih] said...

nice entri..thanks for sharing :)


ASAL AWEK CUN JE, MATA KAU TAK KELIP!!
FIRST INTERVIEW, AWAK DAH?
SAYA TAK SUKA PANGGILAN HANGIT!

Afiq Din said...

allah di mana2

ucu keyna said...

akhi wan >> ^_^

sutera kasih >> ur most wlcome dear :) moge ade manfaat :)

afiq din >> btol3 ^_^

Shamsuddin Amin said...

btul tu...
trase plak ak... huhu
akan tmbah kan amalan ketike nak exam...huhu

ucu keyna said...

shamsuddin amin >> time nk xm je ke?hehe..stiap mase la lg baik :)

adwafarahin said...

insyaAllah adwa akan cube perbaiki diri

:)

Aida Omar said...

tersentuh hati dgn entry ini..
terima kasih ucu <3

ucu keyna said...

adwa >> same2 kite perbaiki diri ke arah kebaikan ye sahabat :)

kak aida >> syame2 kak ^_^

Mr AnOnymOUs said...

syukran.nice entry..
Allah tak bagi apa yg kita mahu tp Allah bg apa yg kita perlu:)
siru ala barakatillah yg ukhti_^)

ucu keyna said...

mr anonymous >> jazkallah dek ^_^

Aida Omar said...

best nye entry nie
thnkz ucukeyna ^_^

ucu keyna said...

ur most welcome akak ^_^
komen2 ucu yg len sume ilang..
huhu =.='

cik aisha said...

bgus enty ni...menyedarkn dr kealpaan..:)

SRenungan said...

entry yang menarik..
suka sngat..mengingatkan kita..
thank for sharing..

SayaBaik said...

Terimakasih krn mengingatkan. Manusia selalu lupa termasuklah saya. Sebab itu Allah menurunkan bala atau kesedihan pada kita utk menarik kembali hati kita kembali padaNYa huhu

::blog anak jawer:: said...

macam tu lah selalunye manusia...bila susah baru ingat pada pencip ta..bila senang...lupa segalanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)