"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Sunday 10 April 2011

Tak Perlu Bertudung Labuh, Cukup Dengan Menepati Syarat

Mengapa Allah menetapkan aurat sedasyat ini untuk kaum wanita?
SEBENARNYE...
Bukan untuk menindas, tetapi untuk memelihara kesejahteraan dan kehormatan wanita itu. Kerana merekalah yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai fitnah dunia. Lelaki yang alim dan warak pun, dengan mudahnya akan  terbabas, oleh kerana wanita. Wahai wanita2 sekalian, cubalah tanya sesiapa pun yang bernama lelaki, sejauhmana wanita dapat menjadikan mereka orang yang tidak sioman.

Apa syarat2 dan batasannya? Para ulama’ memperhalusi lagi garis panduan aurat wanita dengan syarat tersebut :

1 – Menutupi semua tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka.

2 – Pakaian yang menutupi tersebut, tidak terlalu ketat, sehinggakan nampak bentuk tubuh badan. Ini termasuklah baju yang ketat, jeans dan sebagainya.
Seperti yang dicatatakan di Surah Al Ahzab : 59.
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya  ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

3 – Kaki mestilah tidak dapat dilihat. Ini memerlukan wanita memakai kasut/selipar yang menutupi seluruh kakinya ataupon lebih selamat dengan memakai stokin.

4 – Tangan mestilah ditutup sehingga ke bahagian pergelangan tangan. Penyelasaiannya, memakai baju yang berlengan panjang ataupun stokin tangan.skang kan dah tren pkai baju yg ade cerot2 2 kan...

5 - Lanjutan dari syarat ke2, menutupi dada dengan tudung sehinggakan tidak nampak bentuk gunung everest  jika memakai baju yang boleh menampakkan bentuk gunung everest. Ini kerana, bahagian tersebutlah yang paling mudah untuk dilihat bentuknya.

Sebenarnya banyak lagi garis panduan yang telah ditetapkan oleh ulama’ seperti wangian, hiasan baju dan lain2. Tetapi fokus ucu kali ini adalah untuk mengajak kawan-kawan memenuhi garis panduan asas dalam pemakaian. Sangat2 lah logik dan possible untuk memenuhi syarat2 diatas.

Akhirnya, merujuk semula hadith sahih diatas, dengan gaya bahasa keras dan tegas Rasulullah (bukan ucu yg ckp taw) menegaskan bahawa tiada pengecualian untuk wanita menutup aurat mereka.  Sehinggakan memberikan amaran, tidak dapat bau syurga. Nak dikatakan disini, sehemah-hemah Rasulullah pun, tiada toleransi bab2 aurat ni.

Tetapi persoalannya, bolehkah kita berubah terus dengan memenuhi syarat2 diatas. Pendapat ucu, cukuplah, sekadar kawan-kawan sekalian sedar dan berazam untuk berubah kepada pemakaian yang lebih menepati syarat. Berusaha untuk berubah itu penting, walaupun perlahan2, Allah maha mengetahui apa yang kita niatkan. InsyaALLAH, kalau berusaha untuk berubah, Allah buka jalan untuk kita berubah.
Allah tidak melihat kepada keputusan, tapi lebih melihat kepada usaha seseorang. Seorang pelacur yang berusaha untuk memberikan anjing yang kehausan minuman pun, Allah masukkan kedalam syurga atas usaha murninya. Bahkan, seorang yang tudung labuh berlitup pun mungkin akan dimasukkan ke neraka kerana tidak melakukan perkara yang Allah suruh.
Ni yang ucu sgt takot...ya Allah..

Semoga dengan artikel ini, sekurang2nya kawan-kawan aware atas amaran keras rasulullah di atas, dan cuba untuk berusaha. 
Maaf sekali lagi jika menyinggung perasaan sesiapa yang membaca.
~moge ade manfaat~
~ni tok pringatan ucu juga slain utk kawan-kawan sume~

3 comments:

Unknown said...

terima kasih...ilmu dapat disuntik malam nie..=)

Admin said...

Betul tu .. Islam itu mudah dan memudahkan...

MohdHakim said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)