Mengapa Allah menetapkan aurat sedasyat ini untuk kaum wanita?
SEBENARNYE...
Bukan untuk menindas, tetapi untuk memelihara kesejahteraan dan kehormatan wanita itu. Kerana merekalah yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai fitnah dunia. Lelaki yang alim dan warak pun, dengan mudahnya akan terbabas, oleh kerana wanita. Wahai wanita2 sekalian, cubalah tanya sesiapa pun yang bernama lelaki, sejauhmana wanita dapat menjadikan mereka orang yang tidak sioman.
Apa syarat2 dan batasannya? Para ulama’ memperhalusi lagi garis panduan aurat wanita dengan syarat tersebut :
1 – Menutupi semua tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka.
2 – Pakaian yang menutupi tersebut, tidak terlalu ketat, sehinggakan nampak bentuk tubuh badan. Ini termasuklah baju yang ketat, jeans dan sebagainya.
Seperti yang dicatatakan di Surah Al Ahzab : 59.
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
3 – Kaki mestilah tidak dapat dilihat. Ini memerlukan wanita memakai kasut/selipar yang menutupi seluruh kakinya ataupon lebih selamat dengan memakai stokin.
4 – Tangan mestilah ditutup sehingga ke bahagian pergelangan tangan. Penyelasaiannya, memakai baju yang berlengan panjang ataupun stokin tangan.skang kan dah tren pkai baju yg ade cerot2 2 kan...
5 - Lanjutan dari syarat ke2, menutupi dada dengan tudung sehinggakan tidak nampak bentuk gunung everest jika memakai baju yang boleh menampakkan bentuk gunung everest. Ini kerana, bahagian tersebutlah yang paling mudah untuk dilihat bentuknya.
Sebenarnya banyak lagi garis panduan yang telah ditetapkan oleh ulama’ seperti wangian, hiasan baju dan lain2. Tetapi fokus ucu kali ini adalah untuk mengajak kawan-kawan memenuhi garis panduan asas dalam pemakaian. Sangat2 lah logik dan possible untuk memenuhi syarat2 diatas.
Akhirnya, merujuk semula hadith sahih diatas, dengan gaya bahasa keras dan tegas Rasulullah (bukan ucu yg ckp taw)
menegaskan bahawa tiada pengecualian untuk wanita menutup aurat mereka. Sehinggakan memberikan amaran, tidak dapat bau syurga. Nak dikatakan disini, sehemah-hemah Rasulullah pun, tiada toleransi bab2 aurat ni.
Tetapi persoalannya, bolehkah kita berubah terus dengan memenuhi syarat2 diatas. Pendapat ucu, cukuplah, sekadar kawan-kawan sekalian sedar dan berazam untuk berubah kepada pemakaian yang lebih menepati syarat. Berusaha untuk berubah itu penting, walaupun perlahan2, Allah maha mengetahui apa yang kita niatkan. InsyaALLAH, kalau berusaha untuk berubah, Allah buka jalan untuk kita berubah.
Allah tidak melihat kepada keputusan, tapi lebih melihat kepada usaha seseorang. Seorang pelacur yang berusaha untuk memberikan anjing yang kehausan minuman pun, Allah masukkan kedalam syurga atas usaha murninya. Bahkan, seorang yang tudung labuh berlitup pun mungkin akan dimasukkan ke neraka kerana tidak melakukan perkara yang Allah suruh.
Ni yang ucu sgt takot...ya Allah..
Semoga dengan artikel ini, sekurang2nya kawan-kawan aware atas amaran keras rasulullah di atas, dan cuba untuk berusaha.
Maaf sekali lagi jika menyinggung perasaan sesiapa yang membaca.
~moge ade manfaat~
~ni tok pringatan ucu juga slain utk kawan-kawan sume~
3 comments:
terima kasih...ilmu dapat disuntik malam nie..=)
Betul tu .. Islam itu mudah dan memudahkan...
Post a Comment