"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Saturday 9 April 2011

wow..cute say awk ni..

Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.

Password : ******
~~~~~~~~
Welcome
Cursor laptopnye di arahkan ke web cam..

nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!
Klik..klik..klik…
Save in…’aku cute’ folder.

Cursor laptopnye di arahkan ke Celcom Boadband Manager..
double click! Connect…
“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”


email                                              password
aku_cute@yehaa.combact                  ******


upload photo
create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~
location : bilik ku yg shantek

da settle da upload..yes!

Muhd Khairy likes your photo
Boboy commented on your photo
Haziq, haikal, boboy  and 59 others friends commented on your photo.

Giler banyak..hehe baru je letak kot

Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!
Khairi : cun abis~
Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~
....show other 48 comments....

Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…


1 message received
Opening……
Unknown :
wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =)  

Logout
.................................................................................................................

~wlupon ni hanye rekaan ucu,tapi pade ucu x mustahil mmg ade situasi mcm ni..~
~btol x kawan-kawan?~
~ape prasaan kwn-kwn klu dapat teguran cm ni?~
~klu la ucu yg kene,mmg ucu tros deactive akaun fesbuk ucu~
~malu wooo~
~wahai kaum wanita...meh ucu kongsi sesuatu~

 
‘Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.’

5 comments:

Shahrizat Ahmad said...

haha..betul..selalunya macam tu..especially pompuan and then laki akan like.. mendalam entri ni..

ucu keyna said...

btol..
cabaran bg awk yg llaki kan..
bahaye 2..
hehe

Trx said...

sangat2 setuju...sibuk nak tayang muka..menyampah betol tgok..bangga sgt ke cantik..tgok 50 tahun kmudian nak lagi tak dia upload gmbar dia.. aishh emo betol bila baca entry ni...grrrr..

ucu keyna said...

kite perlu bangge ngan kecantikan kite..
tp jgn d tonjolkan pade org yg x spatotnye la..
kan?

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)