"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Thursday, 7 April 2011

dahsyat.....

~BAHAYA CINTA SEBELUM KAWIN~

Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

àMenyibukkan hati dengan merindui mahkluk yang tak halal bagiku seumpama membuka pintu syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan-Nya.

àHati akan terseksa oleh barah rindu.

àRindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.

à Cinta lalai akan membuatkan ku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia & akhirat.

àAku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

àFitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan persaan.

àJiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.

àJika aku berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribad zuriat kami pastinya.

~TIPS MENEPIS CINTA REMAJA~

1. TEGAS DENGAN PRINSIP DIRI.
2. MELETAKKAN MISI YANG JELAS DALAM HIDUP.
3. BERSAHABAT DENGAN RAKAN2 SEJANTINA YANG SOLEH DAN SOLEHAH.
4. MENGEKANG HAWA NAFSU.
5. MENDEKATI MAJLIS ILMU.
6. MENYIBUKKAN DIRI DENGAN HOBI DAN MINAT YANG BERFAEDAH.
7. AKRAB DENGAN ALLAH DLM IBADAH DAN KEHIDUPAN.

Ya Allah...aku tidak sedih jika tiada org yg menyayangiku.aku tidak menangis jika tiada org yg mengasihiku.aku tidak takut jika tiada org yg menjagaku.aku tidak gusar jika tiada org yg menghormatiku.aku tidak marah jika tiada org yg mahu menolongku.....aku hanya berharap padaMu ya Allah.Jika Kau mahu mengujiku dgn ujian yg berat sekali,aku redha namun ku mohonkan padaMu,kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ya Allah.Kerna kudrat ku tidak mampu menempuh ujianMu tanpa pertolongan dariMu ya Allah.Aku tidak sesekali bergantung selain dariMu.Aku tidak sesekali meminta selain dariMu.Aku tidak sesekali berpaling dari mengadapMu ya Allah.Ya Allah Yang Maha Mengetahui...hanya Kau yang mengetahui apa yg aku deritai.Hanya Kau yang mampu menghilangkannya...Ya Allah..Tuhan Yang Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani..aku hambamu yg memohon kebahagiaan dariMu.Ya Allah,Kau limpahkanlah rahmatMu padaku...semoga aku tergolong dikalangan org2 yg mendapat rahmatMu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)