"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Sunday, 17 April 2011

ade ape kat jari kome 2?

Assalamualaikum... 

Kawan-kawan ucu sekalian..
Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.
Renung dalam-dalam. Telah ditunjuk disitu.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian rapatkan dan letakkan jari itu di atas meja, perhatikan.

 

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil.
Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil.
Kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan bermula daripada kecil.
Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah daripada rebungnya"
Kegagalan mendidik di usia ini akan
Memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja.
Manisnya seperti jari yang comel ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin
bertatahkan berlian....bangga tak terkira.....
Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas !!! di usia ini sentiasa dibelenggu dengan
Pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa penunjuk jalan kebenaran.
Pada usia ini anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala
Amalan di hadapan Rabbul Jalil
Bersediakah anda ???


Nah....naik kepada jari ketiga...
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan.
Alam dewasa kian menjengah.
Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai
Status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh
Dan kerjaya yang teguh.
Namun anda harus berhati-hati kerana di kala ini banyak
" Hantu-hantu pengacau " yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati
Dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap
Nafsu dan syaitan.
Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Kita beralih kepada jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT
Ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh
dan teladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini,
Hendaklah tampil sebagai model kepada...
generasi baru dan...
Pembimbing yang kaya dengan idea yang bernas
dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari...
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan
Kehebatan yang membanggakan.
Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan
pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.
Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua
atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi,
nescaya anda boleh berkata
"good" atau "yes"..............
sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.
Itulah rahsia kejayaan anda.


Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda
yang kelima-limanya itu.....
Renung dan fikir dalam-dalam.
"Di manakah anda sekarang???"

3 comments:

CintaZulaikha said...

salam, wahhhhhhhhhhhhh...nak copy boley??

Telaga Putih said...

sy suka!! nk share kt fb taw3!! kalo awk xbg pon, sy share gak.. huk9 tp harap2 la bg yep..

ucu keyna said...

sile2...
moge ade manfaat^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)