"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Friday, 8 April 2011

3 pertanyaan dijawab dengan 1 tamparan..hebat!!


Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke luar negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya di rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.

Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan dengan anaknya (pemuda itu).

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan2 anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan2 ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?

Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?

Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!

Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!

Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.

Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.

Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2 kiyai itu.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.

Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg dikatakan oleh kiyai tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

ceta yang bagus ;)

Unknown said...

nah ambik...kena penampar sekali semua terjawab...

ucu keyna said...

cik rabbit >> ^_^

akhi kahiril >> nah..hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)