"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?

Tuesday, 29 March 2011

senyummmmmmmmmmm ^_____^

Berjalanlah dgn penuh harapan..
walau hidup kalian xselalu bahagia...
sedekahlah satu senyuman..
walau dihati xlagi mampu bertahan...

belajarlah memaafkan....
walau diri terluka..
berhentilah memberi alasan...walau ingin menyatakan kebenaran..
hiduplah dgn iman..walau hari penuh dgn DUGAAN
dan..
berpeganglah kpd ALLAH walau DIA xkelihatan..

¤ Hidup ini bagaikan Cermin ¤

^_^

Jika Kau masam maka kau akan melihat seraut wajah drmu yg tak sedap dpandang mata

Namun Jika Kau tersenyum maka Ia akan menampakan Wajah yg sangat Indah & Sedap dpandang mata

Maka Tersenyumlahhh.... Dunia akan menyambutmu dgn Senyuman pula....

Semoga ALLAH akan senantiasa memberkati dan merahmati kite semua..
seterusnya xputus dr TAUFIQ dan HIDAYAH ALLAH agar kite sentiasa dijalanNYA.
InsyaAllah..
Amin..


1 comment:

Ayie said...

Senyummmmmmmmm...!! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)