Adoiiii..
Kok ucu leh lmbt post entri kan..
2 la..koje bnyk..lame plak dah x on9..
Xpe la..yg pnting..ucu nk post gak entri ni..xkire..
Hehehe
Geng...31 mei ari ape ek?nk tau?
Hari Tanpa Rokok SeDunia 2011 :
Geng..tau x yg 31 Mei 2011 telah diistiharkan sebagai Hari Tanpa Rokok Sedunia (World No Tobacco Day 2011) ?
Penggunaan rokok merupakan salah satu ancaman terbesar kesihatan masyarakat di seluruh dunia yang pernah dihadapi di sepanjang abad. Rokok membunuh lebih daripada 5 juta orang setiap tahun – dengan purata seorang mati pada setiap 6 saat dan manjadi penyebab kepada 1 daripada 10 kematian orang dewasa.
Separuh daripada perokok akhirnya akan meninggal akibat penyakit yang berkaitan dengan akibat tabiat merokok. Lebih daripada 80% daripada 1 bilion perokok di seluruh dunia adalah di kalangan penduduk negara yang berpendapatan rendah dan sederhana, di mana beban penyakit yang berkaitan dengan rokok dan penyebab kematian yang paling serius. Perokok yang mati awal menyebabkan keluarga mereka kehilangan pendapatan, meningkatkan kos penjagaan kesihatan dan menghalang pembangunan ekonomi keluarga mereka.
Tabiat merokok adalah ‘pembunuh yang berperingkat’ dan kerana ada fasa beberapa tahun di antara saat mereka mula merokok dan ketika kesihatan mereka mula menderita, wabak penyakit yang berkaitan dengan tembakau dan kematian baru saja bermula.
Rokok menyebabkan 100 juta kematian pada abad ke-20. Jika tabiat membunuh diri secara perlahan-lahan ini terus berlangsung, merokok akan menyebabkan hingga 1 bilion kematian menjelang pada abad ke-21.
Itu tidak termasuk perokok pasif apabila asap yang mengisi restoran, pejabat, masjid, sekolah atau di rumah turut melibatkan mereka yang tidak bersalah. Tidak ada orang yang selamat daripada kesan buruk asap rokok ini. Setiap kita berhak untuk dapat menghirup udara segar dan bebas dari asap rokok.
Undang-undang larangan merokok akan melindungi kesihatan semua orang samada perokok dan yang tidak merokok, ianya semakin diterima oleh masyarakat, tidak merugikan perniagaan dan menggalakkan perokok untuk berhenti walaupun boleh kita pertikaikan keberkesanannya.
Pemimpin-pemimpin kerajaan dan masyarakat, agensi kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya mestilah terus komited untuk mengurangkan jumlah orang ramai yang merokok dan membenteras kemunculan perokok-perokok baru terutamanya di kalangan generasi muda kita.
Apatah lagi sebagai umat Islam, rokok adalah sesuatu yang dilarang oleh ajaran Islam dan meninggalkannya adalah satu kemestian. Berhadapan dengan bulan Ramadhan al Mubarak yang semakin hampir tibanya, inilah saat terbaik untuk semua kita memulakan kehidupan baru dengan semangat yang lebih tinggi. Sebagai seorang muslimah dan jugak sbgai rkyt malaysie yg prihatin (cewah) maka ucu merayu supaya anda berusaha untuk berhenti merokok. Kalau pun anda tidak merokok, anda mesti membantu si dia yang terdekat dengan anda untuk berusaha gigih bagi meninggalkan terus tabiat buruk ini….
Selamat berjuang.
ps >> skang dah bln rejab kan?yok puase ramai2 nk :)
geng..yok amalkan doa ni ye..moge kite dapat bertemu dgn ramadhan taun ni..