"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?

Sunday, 24 April 2011

karakter berdasarkan bulan kelahiran (kalendar masihi & hijri)

Mengetahui karakter seseorang melalui tarikh lahir adalah bercanggah dengan ajaran al-Quran dan hadis nabi saw seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama. Antara hujah yang digunakan ialah:
1) Maksud firman Allah swt: Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. Al-Naml – 65
2) Maksud firman Allah swt: Katakanlah: “Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. dan sekiranya Aku mengetahui yang ghaib, tentulah Aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan Aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”. Al-A`raf-188
3) Sabda Nabi saw:
من أتى عرافا فسأله عن شئ لم تقبل له صلاة أربعين ليلةرواه مسلم عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم.
Maksudnya: Sesiapa yang berjumpa dengan tukang tilik lalu bertanya tentang sesuatu tidak diterima solatnya 40 hari (Riwayat Muslim)
4) Sabda Nabi saw:
من أتى عرافا أو ساحرًا أو كاهنا، يؤمن بما يقول، فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلمرواه الطبراني عن ابن مسعود ورجاله ثقات.
Maksudnya: Sesiapa yang  berjumpa dengan tukang tilik atau ahli sihir atau ahli agama bukan Islam lalu beriman dengan tilikannya sesungguhnya ia telah kufur dengan apa yang diturunkan  kepada nabi Muhammad s.a.w. (Riwayat at-Tabarani daripada Ibnu Mas’ud dan perawinya adalah thiqah).
Pemikiran mengaitkan nasib manusia  mengikut tarikh lahir mereka adalah  pemikiran jahiliyyah tidak disokong oleh nas dan aqal, tidak diasaskan oleh agama dan ilmu pengetahuan. Satu persoalan yang  amat basic dalam pemikiran kita ialah: Kita tidak  boleh memilih tarikh lahir kita sendiri.
Kenapa fenomena ini tersebar:
1-    kekosongan akal dan jiwa manusia yang tidak dipenuhi. Kekosongan ini diambil alih oleh kebatilan seperti kata hikmah: sesiapa yang tidak memenuhi jiwanya dengan kebenaran ia akan dipenuhi oleh kebatilan.
2-    Keresahan jiwa dan ketiadaan rasa ketenangan dalaman. Penyakit yang melanda dunia hari ini. Padahal umat Islam memiliki keimanan, kerana Ketenangan bersama dengan keimanan dan zikir.
3-    Kelemahan kesedaran beragama yang sebenar.
Sumber >>  Islam Online

2 comments:

Koding said...

Peringatan yg penting..
Bila baca tajuk tadi, terkejut saya...
Ingatkan ucukeyna papar entri fasal ramalan2 itu...
syabas... Teruskan usaha dakwah anda...

p/s: mohon copy...

@tiF said...

hoho.... mumtaz!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)