"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Sunday, 6 March 2011

yok ke 'CAFE CINTA'! ~untuk belia wanita sahaja~

khas buatmu teman-temanku (^^,)





Langkah-langkah Pendaftaran Secara Individu

Langkah 1: Bayaran
i) Lakukan bayaran sebanyak RM 10.00 bagi dewasa / pelajar IPT ATAU RM 5.00 bagi pelajar sekolah  ke dalam akaun berikut melalui cash deposit atau online banking:
Nama: Asmizana binti Tarmizi 
Bank:Maybank Malaysia Berhad                        
 No Akaun:  1540 4474 3353
ii) Simpan slip bayaran ATM /Transaction Summary dan bawa pada hari seminar untuk tujuan pengesahan pendafaran dan pembayaran

Langkah 2: Pendaftaran (E-mel/Faks borang ATAU SMS Butiran diri)
i) Isi maklumat anda pada borang pendaftaran Individu yang telah disediakan.
ii) Hantarkan borang yang lengkap ke alamat email berikut : cafecinta2011@gmail.com
ATAU faks ke alamat 06-3356805
ATAU print dan serahkan borang kepada AJK Pendaftaran atau wakil PEMBINA di IPT anda
iii) Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan cara sms AJK Pendaftaran setelah melakukan bayaran  (Puan Amalia bt Samaruddin : 013-2668701 & Puan Hidayah Ahmad Azam : 0133682505) dengan menyertakan Nama/No KP/IPT/HP/Emel/No, Tarikh dan Masa Transaksi

maklumat lanjutpembina melaka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)