Friday, 25 March 2011
uwarghhhh..*ngantok..ngantok*
kisah ibnu umar dan pengembala kambing
Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…
Nk post terbaru..meh scroll ke atas..
Moge ade manfaat ^_^
Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.
Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.
Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.
Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”
Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.
Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm
Moral:
- Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
- Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
- Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)
5 comments:
baguslah perkongsian cik ucukeyna.. jazakallahu khair.. keep it up.. :)
waiyak akh ^^,
SALAM.. SINGGAH SINI DAN FOLLOW... NAK AJAK JOIN SEGMEN.. JOM LA..
http://kapieartslover.blogspot.com/2011/04/segmen-comelnye-kite-waktu-kecil.html
BUTTON FOLLOW ADE KAT BAWAH2 TU.. CUBE CARI OK.. :)
haha . yalah . tengah baca ni tadi , tengok2 gamba pun ada rasa macam nak menguap sekali . berjangkit ek ? hehehe
yup..
berjangkit..ucu tngok dlm rancangan sains d asr..
hehe ^_^
Post a Comment