"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Thursday, 31 March 2011

USIA MENINGKAT, IBADAH BIARLAH MAKIN LIGAT

Pejam celik, pejam celik, kta dah nk masok bln 4 dah dlm taun 2011 ni.. Masuk kebulan baru bererti usia kita juga makin menginjak angkanya.
Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan. Masih belum puas mengecapi keseronakan hidup.
Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.
Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita.
Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.
Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita.
Tiada jaminan kita terlepas dari panggilan maut walau siapa pun dan di mana pun kita berada.
Sesetengah dari kita cukup resah dengan pertambahan umur. Bimbang memikirkan kecantikan fizikal yang makin pudar dan luntur dimamah usia walhal kita akan kembali ke tanah jua akhirnya. Kita juga bimbang kerana wang simpanan dan harta yang dimiliki masih belum mencukupi sedangkan semua harta yang ditimbunkan di dunia tidak berupaya menjaga kita di alam barzakh kelak.

Mengapa tidak kita alihkan kerisauan itu terhadap sesuatu yang lebih utama?
Bukankah lebih wajar untuk kita memikirkan, apakah dengan umur yang telah berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya? Adakah kesempatan masa dan usia yang Allah anugerahkan telah kita manfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya ? Adakah bekal amalan dan ibadah kita sudah memadai untuk menjamin kita ke syurga?
Cuba kita bermuhasabah seketika. Merenug kembali bagaimana nilai ibadah yang telah kita laksanakan selama ini. Semoga lebih tinggi dan berkualiti nilaiannya. Tidak sekadar melengkapkan bilangan solat lima waktu sehari semalam, namun kita perlu lebih memperhalusinya dengan membuta persediaan lebih awal, mengambil berat tentang pakaian yang digunakan untuk solat sama ada bersih atau tidak.
Jika sebelumnya kita sekadar membaca tanpa memahami makna dalam bacan solat, mengapa tidak kita tanamkan azam mulai hari ini untuk belajar memahami dan menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Hanya solat yang benar-benar berkualiti sahaja yang mampu meninggalkan impak positif terhadap pelakunya. Ini bertepatan sekali dengan firman Allah bahawa sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.
Ulama’ menyatakan , sekiranya kita ingin berbicara dengan Allah, tunaikanlah solat. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah Al-Quran dan jika kita ingin mengetahui rahsia Allah, lawatilah kawasan perkuburan, mudah-mudahan kita mendapat iktibar darinya.
Kita cuba beramal dengan apa yang dianjurkan Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah di dalamnya. Sebagaimana yang diriwayatkan Saidatina Aisyah r.a tatkala ditanya mengenai akhlak Nabi SAW, baginda menjawab : ”Sesungguhnya akhlak baginda adalah Al-Quran”…Mengapa tidak kita jadikan hadith ini sebagai satu motivasi untuk membentuk akhlak diri yang mahmudah sebagaimana yang dianjurkan Islam?
Tiada manusia yang sempurna. Namun, kita diberikan akal dan iman agar kita mampu memanfaatkannya untuk mencapai tujuan sebenar hidup kita di bumi, iaitu beribadah kepadaNya.
Manfaatkanlah sebaik mungkin nikmat umur yang telah Allah anugerahkan. Biarlah umur pendek, namun penuh dengan keberkatan. Tiada siapa di antara kita yang terlambat untuk berubah. Kita masih ada masa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biarlah perubahan itu bakal membawa kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat dan paling penting, ianya mendapat keredhaan Allah.
~pringatan KERAS wat diri ana yg smakin alpha~
~tok makluman sume,arini 31/03 adelah hari laher ana~
~sbb 2 ana wat en3 pasal ni~
~moge ade manfaat~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)