"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Sunday, 27 March 2011

tidakkkkkkkkkkk!! aku di 'skodeng'

Hmm, jumpa lagi dengan isu-isu menarik. Nak cerita apa pulak kali ni ya, emm. Hari ni banyak juga orang hantar email kat  ucu, dalam banyak-banyak tu ucu tertarik kat satu emel ni. Macam best je nak baca, lepas baca tu ucu termenung panjang memikirkan isi kandungan emel tu.

Pas termenung 2,ucu teros menjeit skuat-kuat hati cm ni “tidakkkkkkkkkkkkkkkk..aku di ‘skodeng’ agaknye slame ni..ya Allah...”





~~tapi ucu jerit dalam hati jela~~
hehe......
~~tapi kusut gak bile d pk2 kan...haishhhhhhh
~~tapi........ntah la..

             

Mana tak nya, selama ni langsung tak terfikirkan benda ni. Bila fikir balik ada benarnya email ni. Kita selalu pegi pusat beli belah, bila berkenan satu baju tu atau seluar ke kita selalu nak test muat ke tak. Kalau bercuti tido kat hotel ke, kita pun tak terfikir kot perkara ni. Jom baca isi email yang ucu nak kongsi dengan antum semua untuk peringatan kita bersama.



PERKOSAAN VISUAL (Penting untuk wanita)



Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).



Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Dah saatnyalah kita untuk berhati-hati.



Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :



LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)



Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah “TEST KUKU JARI”. Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari “PERKOSAAN VISUAL” !



Para wanita : Bagitau kat teman-teman antunna yang lain.



Para lelaki: Bagitau kat isteri, anak perempuan, adik perempuan atau tunang antum ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)