"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Saturday, 12 March 2011

Punca 367,000 Orang GAGAL Dapat KERJA!

Mengikut kajian yang dilakukan, FAKTOR utama
yang menyebabkan ramai GAGAL dalam proses
permohonan kerja adalah disebabkan oleh mereka
TIDAK tahu menghantar Resume yang memikat
majikan!


Jika anda juga termasuk dalam kalangan 367k
tersebut.. Jangan berdiam diri.. Bertindak sekarang!


Ramai
daripada mereka mengatakan membuat resume mudah sahaja
sedangkan resume yang dihantar tidak pernah berjaya
dipanggil ke temuduga.


Adakah dengan hanya membuat satu resume yang 4-5 muka
surat telah berjaya meyakinkan bakal majikan tentang
kelayakan anda untuk diterima bekerja?


Atau....

Adakah resume yang menyatakan CGPA 3.99 sudah pasti
confirm diterima bekerja tanpa melihat faktor-faktor
lain?



Ramai pencari kerja terpaksa berhadapan dengan masalah
ketakutan ini tiap-tiap tahun. Terdapat juga daripada
mereka yang menunggu bertahun-tahun untuk diterima bekerja
sedangkan resume yang dihantar ke syarikat-syarikat
adalah resume yang sama sahaja. 

Anda perlu ingat

"DENGAN MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA...HASILNYA JUGA AKAN SAMA"


Anda perlukan perubahan kepada resume anda untuk mendapatkan
hasil yang berbeza





~slamat mencuba~

~good luck pd antum yg nk g carik keje 2~

~wat resume elok2 n cntik2~

~bia cket tp padat~

~ceh...mntang2 ana bru pas wat intrview tok xm~

~hehe~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)