"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Thursday, 31 March 2011

marah...marah..marah..haishhh c[=

Adekah anda sedang marah???????
Atau baru nk mule marah???????
Atau saje2 nk marah??????????
Hehe..peaceeeeee (^_^)v

Xelok marah- marah ni..

Kate p.ramlee,sape marah nnti kene jual..huhu

Sape marah cpat tue taw..

Em..kdng2 kite sume geram kat seseorg kan...pas 2 rase nk marah-marah jek..
Tp kdng2,xnk marah..nk kawal rase 2 tapi xleh tahan..t’keluaq gak marah 2 kan..
Maka ketika itu kita kene berhati-hati supaya kita tidak menggunakan perkara tersebut untuk perkara yang tercela.
Meh ucu kongsi care nk kawal kemarahan..
Mudah yo (loghat noghori sobilan ni)

Sesungguhnya cara nak lawan marah selepas ditahan tapi terlepas juga ialah dengan ILMU DAN AMAL.

Apabila kita sampai tahap ini, kita cuba

1. Berfikir apakah kelebihan orang yang lawan marah (sabar), memaafkan, kita gemar pada pahalanya, dan manfaatnya kita akan memperolehi ganjaran, kecintaan nak dapatkan pahala itu dan ianya dapat melawan kita dari marah dan kemarahan kita pun akan reda.

2. Takut dengan azab Allah, kalau Allah marah kita apa kita nak buat..kita buat salah Allah tak marah kita malah Allah bagi ruang untuk kita bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

3. Takutkan diri kita akan akibat permusuhan@balas dendam, fikir semula, kalau kita balas balik pasti akan ada balas balik lagi dan permusuhan ini tidak akan selesai.

4. Tengok muka orang yang nak marah, betapa buruknya ketika marah, jadi kita fikir, kalau kita marah muka kita pun sama macam tu..dan kita fikir buruknya marah tu seperti anjing, dan orang yang sabar seperti nabi-nabi, ulama'...(kita fikirlah kita nak 
wajah seperti siapa???)

5. Fikir apakah punca kita nak balas dendam? x boleh sabar ke? sbg cth kpd punca nak balas dendam adalah perkataan syaitan.

kita mestilah tahan diri kita dari marah, mesti sabar kerana Allah, dan dengan lisan sebut a'uzubillahiminassyaitonirrajim... kalau orang nak marah 2, dia ngah berdiri, kita suruh dia duduk, kalau ngah duduk suruh baring, dan sunat orang yang nak marah ambil wuduk, kerana marah itu dari api dan akan padam dengan air..


~sebaik baik manusia adalah orang yang kurang kemarahannya~ 
waallhu a’lam

sumber rujukan: BERNAMA DAN BLOOMBERG>>haha..ucu tipu


Sumber rujukan ucu dari kitab mau'izatul mukminin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)