"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Monday, 21 March 2011

klua duit blnje org mkn,x rugi pn..malah dpt untung lg

Bagaimana hendak memahirkan suatu perkara dengan cepat? Biasanya untuk mahir sesuatu perkara dengan cepat adalah melalui seminar. Tetapi kos untuk menghadirinya seminar tersebut biasanya mahal.
Salah satu tips lain adalah dengan mengajak pakar atau kawan anda yang berjaya dalam bidang tersebut untuk berjumpa. Belanja dia makan tengah hari. Tips ini diberi dan dikongsi oleh Robert Kiyosaki. Katanya kaedah paling cepat untuk mahir dalam sesuatu bidang adalah ajak pakar tersebut makan atau minum. 
Mereka sememangnya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Lagipun itu merupakan tajuk kegemaran mereka. Lebih-lebih lagi dapat berjumpa dengan orang lain yang mempunyai kegemaran yang sama. Sudah tentu mereka lagi bersemangat  untuk berkongsi.
"Cari seorang yang pernah melakukan apa yang mahu anda lakukan. Belanja dia makan tengah hari. Minta petua atau sedikit maklumat daripadanya tentang perniagaan." Robert Kiyosaki
Jika anda ingin mahir dalam dunia saham. Carilah pakar yang mahir dalam bidang tersebut yang boleh diajar keluar. Seseorang yang telah berjaya menjana keuntungan seperti yang anda inginkan. Saya pasti kefahaman tentang saham dan perspektif anda tentang pelaburan ini turut berubah.
"Owh tak sangka ya dengan bermain saham sahaja boleh jadi jutawan."
Begitu juga dengan jika anda ingin melabur dalam hartanah. Ajaklah kenalan yang sudah berjaya dalam bidang ini. Saya pasti mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan anda. Itu sememangnya kegemaran mereka. Mereka tidak kedekut.
" Wah. Rupanya tanpa modal juga kita boleh memiliki hartanah."
'Lepak' dengan cara ini telah membantu Robert berjaya dalam kewangan. Mengapa tidak kita ikut sahaja tips beliau. Tidak kira dalam bidang apa pun. Hatta dalam bidang pembelajaran. Tips belajar dan lain-lain.
Tentu ramai berkata, "Alamak kena belanja ni."
Hai! Kos RM1.50 untuk secawan milo ais. Tambah makanannya yang dipesan adalah nasi goreng daging merah yang berharga RM4.50. Jumlah keseluruhannya RM6.00. Memang banyak.
Fikirkan ianya semula. Apa salahnya mengeluarkan RM6.00 untuk mendapatkan sekolompok ilmu? Ilmu tersebut lebih bernilai daripada RM6.00. Ilmu yang akan membantu anda lebih berjaya. Jadi siapakah yang untung?
*Ini seakan-akan sama dengan lepak. Tetapi ia berbeza dengan 'lepak' yang sebenar. Lepak yang sebenar anda berbual kosong dan tidak bertujuan. Tetapi lepak yang sedang dibuat oleh anda sekarang ini adalah 'lepak ilmuan'!

~~~Selamat beramal!~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)