"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?


Tuesday 1 March 2011

TARBIYYAH





Tarbiyyah dicari atau diberi?
Kalau dicari nak cari daripada siapa?
Kalau diberi nak dapat daripada siapa?
Apa pendapat antum sume? Kongsi sikit ilmu yang antum ada…

Ana berpendapat tarbiyyah itu mestilah diberi bukan dicari.

Ana mengumpamakan ibu dan ayah yang membiarkan anak-anak mereka mencari sendiri tarbiyyah seperti ibu dan ayah yang membiarkan anak-anak mereka mencari sendiri pendidikan. Mereka seolah-olah berkata “Kami tak kisah kamu buat apa, asalkan kamu jadi Engineer! Pergilah sendiri ke sekolah memana, pergilah ke universiti memana”.

Naqib yang membiarkan anak buahnya untuk tarbiyyah diri sendiri seumpama cikgu yang menyuruh anak muridnya belajar sendiri. Dia seolah-olah berkata “ Aku tidak kisah kau nak dapat mana ilmu tu, yang penting kau kena lepas exam aku nanti! Yang penting kau kena jadi Engineer!”.
Jemaah yang menyerahkan urusan tarbiyyah kepada ahlinya seumpama satu universiti yang membiarkan pelajar-pelajarnya. Mereka seolah-olah berkata “Kau pilihlah kelas apa yang kau nak ambil, pergilah cari buku-buku yang sesuai dan belajar bersungguh-sungguh! Kalau kau tak lepas exam nanti kau tak akan graduate! Kau tak akan jadi Engineer!

Maka terpinga-pingalah individu tersebut mencari jalan untuk menjadi Engineer. Belajar punya belajar, rupa-rupanya tersalah displin ilmu. Daripada nak menjadi Engineer tetiba menjadi Singer.

Patutkah individu itu dipersalahkan kerana mendapat kefahaman atau fikrah yang salah?



Ya ALLAH berilahku kefahaman! Ya ALLAH berilahku kuatan untuk membawa keluargaku ini kepada redhaMu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)