"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

meh join ucu nk?

Wednesday, 27 July 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA + wordless wednesday ==> episod 2 ❤●•٠•

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.​¸¸.•*
~
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 



Pade kawan2 yg nk join..leh klik kat gmba atas ni ek❤◕‿◕


Ucu nk kongsi cket hadis pasal lalat..hehe..
Geli x?

X mau geli-geli taw..

Moge ade manfaat ^_^

 



Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]
 
Hadis ini menjelaskan, sekiranya lalat termasuk ke dalam bekas minuman, maka janganlah tergesa-gesa memandang hina makanan tersebut lalu membuangnya, bahkan perlulah mencelup atau menyelamkan lalat itu di dalam bekas terlebih dahulu, kemudian barulah membuang serangga tersebut. Tidak menjadi masalah untuk meneruskan makan dan minum di dalam bekas yang pernah mengandungi lalat. Ini adalah disebabkan, sebelah kepak sayap lalat yang jatuh ke dalam air itu mengandungi racun, manakala disebelah lain pula mengandungi penawarnya.

KELEBIHAN LALAT

Disebutkan di dalam kitab Musnad Abu Ya`la:
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. telah berkata:
“Umur lalat adalah selama 40 malam, dan kesemua lalat akan berada di dalam neraka kecuali lebah”

Keberadaan lalat di dalam api neraka bukanlah untuk di seksa, bahkan ia ditempatkan disana bagi menyeksa ahli neraka.

Sains moden pula, menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammmad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

wallahu a'lam

ucu tag : -

˙·٠•● ℒℴν ●•٠·

p/s : ade gak teselit lalat ni..keh3





Monday, 25 July 2011

(^_pus..pus..meawwwww✿♥

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸`·.¸.​¸¸.•*
~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 




MEMBEZAKAN KUCING SEBENAR DENGAN KUCING JELMAAN JIN



(Surah Yassin, Ayat 9)
O/
/▌
/.\
████
╬╬
╬╬

╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬

╬╬\O
╬╬/▌
╬╬/.\
█████



Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.


Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:

(✿◠‿◠) Berwarna hitam.

(✿◠‿◠) Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.

(✿◠‿◠)Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya 
sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).

(✿◠‿◠) Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.





`·.¸.·´`·.¸•*¨¨ ❤`·.¸.¸¸.•*❤


Orang berpengalaman belum tentu pintar, namun orang pintar pasti berpengalaman.

cantik bah kau..TAPI....

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.​¸¸.•*❤


~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 









skadar gmbar hiasan ^^
= = =
|
|

Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung sebab nk mengikut fesyen. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.

Fesyen tudung juga berubah dari zaman ke zaman. Pelbagai jenis tudung yang menjadi ikutan para wanita seperti tudung bawal, tudung Dato K, tudung Ekin, tudung Yuna, tudung awning la..shawl la..pashmina la..tdung ucu keyna jek xdak lg..keh3..apepon,yang untung ialah penjual tudung.kan..kan..kan...

Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala Arab Syria yang nampak cantik jika dipadankan sanggul tinggi. Katanya jika rambut pendek boleh beli ‘sanggul palsu’.
Namun begitu, jangan terperanjat ada hadis berkenaan dengan sanggul tinggi ni.
 
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak teeeeeeetttttttttttt..oppss..

Kalau nak bertudung, ikutlah syariat. Cantik-cantik juga, tapi hukum jangan dilupa. ^__^
 
Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai agama. Ketamadunan dan kemuliaan hidup manusia itu diukur melalui agamanya.

====== >> << ======

Bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung... Tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT...
Tak kesahlah nak pakai LANGSIR ka, KAIN BATIK ka, SELIMUT ka, CADAR ka, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipun.. Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya..
ε(✿◠‿◠)з

Friday, 22 July 2011

cm ne ni??ucu dah kene virus rindu

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.​¸¸.•*❤
~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 

‎(¯`v´¯).•¨`*♫ ✿ ܓ(。◕‿◕。)
`•.¸.•´ sabarlah dalam bersabar

“Jika benar cinta itu kerana ALLAH,
Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH ,
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH,
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki-NYA,
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.”

>> ceh..jiwang lak kan <<

>> nk taw ucu rindu kat sape x? <<

>> yok terjah  << 


*******
*******
*******
*******
*******
*******
*******
*******
*******
*******
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila datangnya malam pertama Ramadan, diikatlah segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru "Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu dan bagi Allah orang yang dibebaskan dari api neraka."

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

"Umatku diberi Allah setiap Ramadan lima perkara yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harus di sisi Allah daripada bau kasturi. Malaikat memohon ampun untuk orang yang berpuasa hingga waktu berbuka. Syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak bebas seperti biasa." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

============== >> << ==================

ramai manusia sangka yang dia telah berbuat baik didunia,
tapi akhirat kelak dia dikejutkan oleh azab yang tidak pernah
mereka sangkakan .
Sebabnya mudah , bila mereka berbuat baik , tidak tercalit 
rasa cinta pada keikhlasan .

menanti Ramadhan , bulan keikhlasan, bulan penyuburan cinta pada TUhan




Wednesday, 20 July 2011

wordless wednesday ==> episod satu











Sunday, 10 July 2011

(^_lai..lai...yok intai-intai

HIJAB DAN AURAT

Teman-teman..ade kale nye,mungkin kite terlepas pandang dalam sesuatu perkara kan…walau x bnyk mane pon ade la sikit kan…lagi-lagi dalam bab aurat ni…

meh ucu kasik tau satu perkara untok kite same2 F5(refresh) balik ape yang kite pnah blaja mase skola dulu-dulu..

yela..kite ni manusie biase..x sume perkare kite leh ingat sratos pratos kan..ade mase kawan serumah @ sekelas kite yg ari2 kite dok ngadap pon kite leh lupe name die kan..ucu la 2 orgnye..kih3..

k…meh kite troskan..kat sini,ucu nk selitkan beberapa istilah pnting…

WAJIB  = dibuat dapat PAHALE, ditinggal dapat DOSE

HARAM = dibuat dapat DOSE, ditinggal dapat PAHALE
SUNAT = dibuat dapat PAHALE,ditinggal TIADE APE-APE

MAKRUH = dibuat TIDAK DAPAT  APA-APA, ditinggal dapat PAHALE

HARUS = dibuat TIADA APA-APA, ditinggal pon TIADA APE-APE

MUHRIM =  mereka yang haram dikahwini

AJNABI =mereka yang boleh dikahwini

Kawan-kawan tau x ape 2 hijab?
Hijab 2,suatu yang digunakan untuk menutup sesuatu…cm tudung yg kite sume pakai ni (tok kengkawan pempuan la)

Ha…ape plak aurat 2 kengkawan?
Aurat 2,suatu bahagian tubuh yang tidak bole kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum Islam)
Perbincangan mengenai aurat ni,die bersabir dengan persoalan mendedahkan,memandang dan menyentuhnya..

Ok la kengkawan…2 je yang ucu nk kongsikan tok entri kali ni..
Len mase…ucu kongsi akan info yang bermanfaat tok kawan-kawan k …inshaAllah

Skadar perkongsian
|
|
|
v
(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.¸¸.•*
Fulanah: Ukhti, apa yg harus saya lakukan?
saya ragu untUk berhijab.......^^


(^__^) : Mengapa harus ragu dgn perintah Allah yg telah menghidupkan kita, bukankah kita ini adlh hamba dibalik smua perintahNya, pasti mngandungi manfaat untUk kita, melalaikan perintahNya bererti membiarkan diri utk jauh dari Allah...~
berjhijablah syg ... nmpk manis sungguh wajahmu  >___<
~~
" Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu". Al Ahzab :59

nota buku lali >> sok(ahad-10/7/11) ucu akn balik ke kolej..doakan pjalanan ucu ye ^_^pasni mngkin ucu dah bz..jdik,jrang la nk update dan jenjalan ke blog kawan2 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kisah ibnu umar dan pengembala kambing

Ini post melekat..xleh nk cabot2 dah…

Nk post terbaru..meh scroll ke atas..

Moge ade manfaat ^_^

Pada suatu hari yang sangat panas, Ibnu Umar keluar bersama dengan seorang kawannya. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pengembala kambing di padang pasir. Pengembala tersebut sedang berpuasa. Ibnu Umar terkejut dengan kewarakan pengembala tersebut, sanggup berpuasa di kala cuaca panas sebegitu.

Ibnu Umar ingin menguji kewarakan pengembala tersebut.

Ibnu Umar: Apa pandanganmu jika aku membeli seekor kambing gembalaanmu, dan aku memberinya kepadamu untuk dimakan dagingnya?
Pengembala: Kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku hanya mengembalanya sahaja. Ini adalah kepunyaan tuanku.
Ibnu Umar: Katakan sahaja kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala tersebut menunjukkan jarinya ke langit lalu bertanya: “ Maka di manakah Allah?”

Ibnu Umar merasa kagum dengan pengembala tersebut, lalu meminta pengembala tadi membawanya berjumpa dengan tuannya. Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi dari tuannya, membeli kambing-kambing tersebut dan menghadiahkan kambing-kambing tersebut kepada pengembala tadi.

Kisah ini ditulis oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya 'Safwatus Sofwah'(صفوة الصفوة)(2/188)
Sumber: http://www.saaid.net/tarbiah/116.htm

Moral:

  1. Allah sentiasa ada bersama kita dan memerhatikan setiap amal perbuatan kita walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.
  2. Berkata benar adalah sangat penting kerana ia merupakan sifat mukmin sejati.
  3. Iman yang tinggi akan membantu kita dalam menghadapi godaan-godaan dunia.(harta benda, hawa nafsu, dan lain-lain)